19 Ogos 2009

Radix bakery house


Radix bakery house HPA yang terletak bersebelahan dengan radix oriental cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam selepas dirasmikan oleh tuan haji ismail ahmad. Radix bakery house ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.

Disamping itu juga produk-produk radix bakery house ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA, di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.

Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah untuk menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin dan keju yang berleluasa dlm pembuatan kek ini juga antara faktor-faktornya. Alhamdullillah, keju yang digunakan dalam produk radix bakery house ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yang di maklumkan oleh pengarah urusan semasa perasmian semalam.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untuk membuatkan kek tersebut jadi gebu dab besar. Semua masalah ini insyaallah HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

"Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah-daerah seluruh Malaysia."
ameen..

Sumber; Metro HPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan