05 Januari 2010

Sebalik PBC

PENGENALAN

Hanya HPA yang ada menganjurkan program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Saya kira PBC bukan sekadar biasa tetapi ianya sangat luar biasa untuk mendidik manusia mengenal PENCIPTA melalui persfektif EKONOMI. Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa PBC adalah salah satu bentuk Tamrin (latihan) yang disenergikan dengan kprihatinan berbentuk kasih sayang untuk berhubung dengan manusia lain.

KEADAAN PBC

Jadualnya tidak RIGID dan besifat anjal. Sewaktu di kampus, saya sering menasihati ahli jawatan kuasa program agar perlu untuk kita membina jambatan yang menghubungkan kepada peserta program. Sekalipun peserta itu tidak menjadi kawan, mereka akhirnya akan mengakui kuasa jambatan berbentuk sentuhan kasih sayang yang bersifat tulen dan bukan plastik. Itu juga jambatan utama dalam PBC!

PBC dimulakan dengan rombakan akal dan kesedaran. Tidak bersifat mencarik-carik jiwa manusia yang tidurnya di ganggu dan hatinya disakiti. Bukan latihan kelasakan fizikal yang menuntut peserta tidur pada pukul 2 pagi dan bangun pukul 4 pagi. Tidak juga memaksa peserta mendengar ceramah dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar. Kesimpulannya, PBC banyak bermain dengan jiwa dan perasaan peserta. Akhirnya, peserta mungkin lemah fikizal tetapi fikir mereka ganas dan semangat mereka menyala-nyala.

CABARAN DALAM PBC

Peserta PBC mereka yang terdiri dari kalangan uztaz-uztazah, golongan profesional, petani, penternak, student, dan sebagainya. Itu cabaran utama PBC!

Sebab itu PBC menghormati maruah dan jiwa manusia yang pelbagai. Membina jambatan, bukan tembok yang memisahkan.

Akhirnya, PBC dipulangkan kepada motivator HPA. Coretan ringkas ini boleh dijadikan sebagai panduan. Motivator HPA berkuasa mencorak suasana dalam PBC. Jika tujuannya baik, pasti yang memberi itu baik. Insya allah.

PENUTUP


Kalam bukan sekadar untuk di renungi, sebaliknya untuk di adaptasi.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Aal Imraan 3: 159)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan