20 Januari 2010

Takwim PBC

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG KOMUNITI BORNEO

SANDAKAN

Tarikh: 30-31 Januari 2010
Tempat: Hotel Kesington Bandar Maju Sandakan
Yuran: Rm 100
Motivator: PJS Ahmad Azam

TAWAU

Tarikh: 6-7 Februari 2010
Tempat: Hotel Kingston Tawau
Yuran: Rm 100
Motivator: PJS Zaini

Hubungi Nur Kamal Moong (+6013-5449540) untuk pendaftaran.

Malam Satu Mimpi



Saksikan Konsert Malam Satu Mimpi sebagai alternatif hiburan masa kini pada bulan March yang bertempat di Dewan MUIS Kota Kinabalu, Sabah.

Konsert ini mempersembahkan lagu-lagu dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".

Tiket boleh di dapati dengan harga RM30 sahaja. Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA seperti cola Radix botol besar (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Ayuh! Tengok ramai-ramai.

05 Januari 2010

Sebalik PBC

PENGENALAN

Hanya HPA yang ada menganjurkan program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Saya kira PBC bukan sekadar biasa tetapi ianya sangat luar biasa untuk mendidik manusia mengenal PENCIPTA melalui persfektif EKONOMI. Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa PBC adalah salah satu bentuk Tamrin (latihan) yang disenergikan dengan kprihatinan berbentuk kasih sayang untuk berhubung dengan manusia lain.

KEADAAN PBC

Jadualnya tidak RIGID dan besifat anjal. Sewaktu di kampus, saya sering menasihati ahli jawatan kuasa program agar perlu untuk kita membina jambatan yang menghubungkan kepada peserta program. Sekalipun peserta itu tidak menjadi kawan, mereka akhirnya akan mengakui kuasa jambatan berbentuk sentuhan kasih sayang yang bersifat tulen dan bukan plastik. Itu juga jambatan utama dalam PBC!

PBC dimulakan dengan rombakan akal dan kesedaran. Tidak bersifat mencarik-carik jiwa manusia yang tidurnya di ganggu dan hatinya disakiti. Bukan latihan kelasakan fizikal yang menuntut peserta tidur pada pukul 2 pagi dan bangun pukul 4 pagi. Tidak juga memaksa peserta mendengar ceramah dalam keadaan mereka sudah hilang upaya untuk mendengar. Kesimpulannya, PBC banyak bermain dengan jiwa dan perasaan peserta. Akhirnya, peserta mungkin lemah fikizal tetapi fikir mereka ganas dan semangat mereka menyala-nyala.

CABARAN DALAM PBC

Peserta PBC mereka yang terdiri dari kalangan uztaz-uztazah, golongan profesional, petani, penternak, student, dan sebagainya. Itu cabaran utama PBC!

Sebab itu PBC menghormati maruah dan jiwa manusia yang pelbagai. Membina jambatan, bukan tembok yang memisahkan.

Akhirnya, PBC dipulangkan kepada motivator HPA. Coretan ringkas ini boleh dijadikan sebagai panduan. Motivator HPA berkuasa mencorak suasana dalam PBC. Jika tujuannya baik, pasti yang memberi itu baik. Insya allah.

PENUTUP


Kalam bukan sekadar untuk di renungi, sebaliknya untuk di adaptasi.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Aal Imraan 3: 159)

Pelancaran GEN 1



Pelancaran GENERASI 1(GEN 1) telah mula di lancarkan pada 1 Januari 2010. Bersifat memobilisasi dari persfektif ekonomi serta memahami tuntutan dan desakan sebagai DUTA di dalam empayar EKONOMI ISLAM.

Menjadikan strategi utama "sebaik-baik tentera.." dalam menggerakkan empayar EKONOMI ISLAM.

Kertas kerja ini akan dibentangkan kepada GEN 1. Insya allah..

03 Januari 2010

PBC di Tawau


PBC berjaya diadakan pada 12-13 Disember 2009 bertempat di Kompleks Sukan, Tawau. PBC di Tawau pada kali ini diketuai oleh PJS Zaini dari Sungai Petani,Kedah. Semangat dan kegigihan beliau terserlah apabila beliau sanggup berkampung di Tawau sebelum PBC bermula. Kesungguhan beliau bersama HPA jelas nyata apabila sanggup menetap di Tawau beberapa tahun untuk memobilisasi HPA di Sabah. Insya allah. Tahniah PJS Zaini.

Johan Bin Muhammad
merupakan peserta terbaik PBC pada kali ini. Saya berkeyakinan bahawa isteri beliau akan berbangga dengan beliau selaku orang kuat HPA di Sabah. Tahniah Johan! PJS Zaini juga menganugerahkan fasilitator/motivator terbaik kepada Nur Kamal Bin Moong. Semoga kesungguhan PJS Zaini mendapat kasih-sayang Allah.

01 Januari 2010

PBC di SANDAKAN.


PBC di Sandakan berjaya diadakan pada 26-27 Disember 2009. PBC kali ini diketuai oleh PJM Murad bertempat di Hotel Kesington, Bandar Maju Sandakan. Peserta PBC di Sandakan pada kali ini juga merupakan peserta yang paling ramai di seluruh sabah pada bulan tersebut.

Hasemaeni Binti Beddu (+6013-8758459) merupakan peserta terbaik PBC yang berpeluang ke Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) di Perlis bersama Tuan Haji Ismail Tuan Haji Ahmad selama 2 hari 1 malam. Tiket penerbangan dan perbelanjaan penginapan akan dibiayai sepenuhnya oleh PJM Hj Murad.