04 November 2009

Kehangatan PBC Sandakan


Pada 31/10-1/11 yang lalu, komuniti HPA Sandakan telah menganjurkan PBC di Hotel Ramai yang bertempat di Bandar Ramai-ramai.

PBC kali ini dihadiri oleh lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada kakitangan pengajar dan profesional. Hampir kesemua peserta PBC adalah tokoh-tokoh agama dari Sandakan. Imam besar JHEANIS, timbalan imam besar JHEANIS, dan kakitangan JHEANIS turut bersama-sama menjadi peserta untuk menjayakan PBC kali ini.

PBC ini diketuai oleh PJS Ahmad Azam. Beliau seorang yang mempunyai semangat dan perwatakan yang patut dicontohi. Beliau yang lebih mesra dipanggil sebagai "Abg Azam" berperwatakan sederhana. Sifat beliau terserlah apabila mendahulukan semua peserta untuk mengambil makanan terlebih dahulu, manakala beliau mengambilnya setelah selesai semua peserta mengambil makanan.

Penulis "salut" beliau apabila sanggup berkongsi suka duka pengalaman hidup beliau dan beliau menitiskan air mata ketika bersalam dan berpeluk-pelukan sesama peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan